top of page

Salam Pengenalan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari saya. Dikesempatan ini, ingin saya perkenalkan diri saya serba sedikit. Nama saya Faizah. Saya adalah ibu kepada dua orang cahaya mata. Memang lumrah..semua ibubapa mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Begitu jua dengan saya. Anak sulung saya bernama Teuku Alif Imran Aisy bin Zulfadli  dan kedua pula, Teuku Sophia Maisarah binti Zulfadli.

 

Dulu saya pernah berkerja di sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia selama 4 tahun. Kemudian saya beralih ke bidang perbankan. Bidang yang sangat mencabar fizikal & minda. Jodoh tak panjang saya berhenti..

 

Bila berhenti kerja, saya menjadi LEBIH FOKUS pada anak-anak.. Segala hal anak-anak, akan sampai kepada saya dahulu sebelum suami.. Bila peperiksaan, anak dapat markah kurang memberangsangkan.. saya terfikir untuk mengajar kelas tuisyen..Sebenarnya saya mempunyai pengalaman mengajar tuisyen selama 5 tahun. Seronok bila saya diberi kepercayaan oleh ibubapa. Majoriti pelajar saya dapat memperbaiki grad peperiksaan mereka..Alhamdulillah ramai juga yang dapat A..

 

Jika berminat untuk menghantar anak anda sila hubungi saya : 017- 7777 991 Harapan saya agar dapat memberi yang terbaik buat bakal2 pelajar saya nanti..In Sha Allah…

 

 

 

 

 

 Subjek Sek Ren
 Math, Sains, BM & BI

 

     SUBJEK        BULANAN

   1 SUBJEK          RM 35

   2 SUBJEK          RM 65

   3 SUBJEK          RM 90

   4 SUBJEK          RM 100

 

 Subjek Sek Men

 Matematik Shj

      Ting 1 & 2      BULANAN

       1.5 JAM            RM 45

 (1minggu Sekali)             

   Ting 3 (PT3)         RM 55

       1.5 JAM 

 (1minggu Sekali)      

   

  Pendaftaran : RM 15/ SUBJEK

 

  • Ilustrasi bilik belajar yang sebenar berdasarkan gambar yang tertera.

  • Maksimum hanya 6 orang pelajar dalam satu kelas. Pembelajaran akan lebih efektif.

 

Subjek Tahun 1-6

 

1 - 2 subjek diperlukan 1 hari seminggu. Jika 1 - 4 subjek diperlukan 2 hari seminggu. 1 sesi mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Kerja rumah akan diberi setiap kali kelas tamat.Untuk menarik minat pelajar, sesi soal jawab dan perbincangan sentiasa dilakukan agar dapat mengetahui pemahaman setiap pelajar. Ujian dan kuiz juga akan diberi mengikut bab@ topik. Harap ibubapa dapat memastikan anak-anak menyiapkan latihan yang diberi.

Matematik Tingkatan 1 - 3

 

Pelajar akan belajar selama 1.5 jam/ sesi (4 x sebulan). Latihan akan diberi setiap kali kelas tamat dan pelajar hendaklah menyiapkan tugasan sebelum kelas yang berikutnya. Hanya 6 orang pelajar sahaja dalam setiap kelas agar proses pembelajaran akan lebih efektif.

 

 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:-

 

Puan Faizah Binti Zubir

Tel        : 017 - 7777 991

Alamat  : Jalan Penyiaran 45,

                Taman Universiti, JB

 

GRADUAN

DIPLOMA IN LEISURE MANAGEMENT (UiTM)

DEGREE IN SPORT MANAGEEMNT (UiTM)

 

 

bottom of page